Azizan Mula Beri Respon Kepada Doktor

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesihatan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur baik apabila mula memberi respon dengan membuka matanya apabila dipanggil doktor Selasa.

Setiausaha akhbarnya Mohd Helmi Khalid bagaimanapun berkata Azizan belum boleh bercakap dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

"Kira-kira pukul 4 petang tadi, doktor yang merawatnya memanggil isteri dan anggota keluarga dan saya untuk memaklumkan bahawa doktor telah mengurangkan sejenis ubat tahan sakit kepada Datuk Seri Azizan berikutan keadaannya yang semakin stabil.

"Doktor juga maklumkan, beliau telah memberi tindak balas dengan membuka mata apabila dipanggil. Alhamdulillah ini satu perkembangan yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya, Azizan diberi pemerhatian rapi lebih 10 doktor pakar termasuk pakar kardiologi, pakar ortopedik, pakar diabetes dan pakar nephrologi.

"Setakat ini doktor belum maklumkan bila Datuk Seri (Azizan) boleh dibenarkan keluar atau dipindahkan ke hospital lain (di Kedah)," katanya.

Hilmi berkata setakat ini orang awam belum dibenarkan melawat Azizan berikutan keadaannya masih lemah.

Katanya, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dijangka melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang pada pukul 7 malam ini.

Azizan, 69, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahad lalu.

BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan