Khalid Dijangka Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Esok

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Selasa sekali gus menamatkan spekulasi siapa pemimpin Pakatan Rakyat yang akan memegang jawatan tersebut.

Sumber terdekat di pejabat Menteri Besar berkata, Khalid akan memulakan penggal keduanya sebagai menteri besar selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut sumber itu, Khalid dijadual menghadap Sultan Selangor pada Isnin di mana Tuanku akan menasihati beliau berhubung beberapa isu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan untuk majlis angkat sumpah itu tetapi memberitahu adalah mustahil beliau akan menerima jemputan tersebut pada Isnin.

"Paling awal pada Selasa. Notis sehari sudah cukup," katanya.

Khalid mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum ke-12 manakala ahli exco negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, 10 hari kemudian.

Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menunjukkan peningkatan daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

Bagaimanapun, selepas kemenangan itu, tiada jaminan bahawa jawatan menteri besar akan dikekalkan oleh PKR kerana parti tersebut memenangi sedikit kerusi berbanding PAS dan DAP.

PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menyuarakan sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.

Sementara itu, penganalisis politik berkata sesiapa yang dipilih oleh Pakatan perlu mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan rakyat di Selangor.

"Saya percaya sudah tiba masanya untuk MB baru bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat di Selangor, terutamanya isu air.

"Kerajaan negeri itu juga harus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan memastikan semua keputusan tidak membebankan rakyat," kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan