Isteri Pengasas Al-Arqam Langgar Arahan Mufti

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Hatijah Aam atau 'Ummu Jah' dan sembilan pengikutnya yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disiasat dibawah seksyen 12C kerana Melanggar Arahan Mufti.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin berkata kesemua yang ditahan itu dihantar pulang oleh kedutaan Arab Saudi melalui 'Program Pemutihan' yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi.

"Operasi Pencegahan (Ops KLIA) ini bermula daripada 9 April lalu secara berperingkat mengikut jadual kepulangan mereka berdasarkan maklumat penghantaran pulang oleh pejabat kedutaan Malaysia.

"Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat dibawah seksyen 12C, Melanggar Arahan Mufti dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 2 Tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya pada Isnin.

Menurut Marzuki, 'Ummu Jah' ditahan di KLIA bersama tiga lagi pengikutnya pada pukul 11.40 pagi Isnin.

Sementara itu enam pengikutnya yang lain ditahan pada pukul 1.30 petang dan kesemua mereka dibawa ke Jais bagi tujuan siasatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan