Dakwaan Tipu PRU-13: PR Mula Siasat Laporan Orang Awam & 27 Kerusi Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Siasat PRU-13 Pakatan Rakyat (PR) telah memulakan siasatan terperinci terhadap laporan orang ramai mengenai dakwaan berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13).

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, berdasarkan analisa, pihaknya juga telah mengenal pasti 27 kerusi Parlimen untuk menjalankan siasatan lanjut.

Rafizi berkata, empat kriteria digunapakai dalam menentukan kerusi-kerusi siasatan selain bertindak terhadap aduan orang ramai.

"Selain laporan orang awam pasukan Siasat PRU-13 juga telah meneliti analisa keputusan pilihan raya berdasarkan empat kriteria.

"Antara empat kriteria tersebut termasuklah margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis tidak sepadan undi rosak apabila undi rosak adalah lebih besar dari margin kemenangan.

"Dari 27 kerusi yang telah disenarai pendek, kita dapati 19 kerusi adalah kerusi PKR yang dimenangi tipis oleh BN dan selebihnya kerusi PAS dan DAP," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Isnin.

Menurut Rafizi, antara kerusi yang akan disiasat termasuk di Parlimen Bentong, Pasir Gudang, Titiwangsa, Bagan Serai, Setiawangsa, Segamat, Balik Pulau, Kuala Kangsar dan Kulim-Bandar Baru.

"Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pun ada juga laporan kebanyakannya di Pulau Pinang, Perak dan Kedah tetapi maklumat belum sampai kepada saya daripada calon-calon bertanding," katanya.

Rafizi yang mengetuai pasukan itu berkata, setakat ini sebanyak 237 aduan dan laporan bertulis telah diterima yang melibatkan enam kategori kesalahan.

Antara kesalahan tersebut adalah pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, kewujudan pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik asal rumah, dakwat kekal hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya serta dakwaan BN membeli undi.

Selain itu, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan undang-undang juga diletakkan sebagai salah satu daripada enam kesalahan tersebut.

"Paling biasa (kesalahan) apabila pengundi disyaki warganegara asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi," katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, bukti-bukti yang dikumpul akan didedahkan dalam masa seminggu dari sekarang.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui hasil siasatan nanti tidak semestinya akan memihak atau memberi kemenangan kepada PR memandangkan pihaknya bergantung sepenuhnya kepada laporan dan kerjasama orang awam.

"Tugas kami agak berat dengan 237 laporan perlu diteliti dan memanggil pengadu untuk memberi keterangan dan bukti.

"Kita tidak menjangka hasilnya akan memihak kepada PR. Jika dibawa ke mahkamah sekali pun ada masalah besar di situ terutama melibatkan apa yang dikatakan pengundi hantu.

"Ini sekurang-kurangnya akan mewujudkan momentum dan memberi kesedaran bagaimana penipuan berlaku dalam pilihan raya," katanya.

Sehingga kini, Pasukan Siasat PRU-13 Pakatan Rakyat mempunyai 67 sukarelawan yang terdiri daripada peguam, doktor dan sebagainya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan