Azmin Hormati Keputusan Sultan

Diterbitkan: Isnin, 13 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali berkata keputusan mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar bergantung kepada Sultan Selangor dan beliau akan menghormati keputusan tersebut.

Walaupun Azmin mengkritik tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, Azmin berkata beliau akan menyokong sesiapa saja yang bakal dilantik.

"Apabila istana memutuskan, kita semua perlu menerima dan saya akan menyokong keputusan itu 100%, itu cara saya.

"Sama seperti apabila keputusan itu dibuat pada 2008 (pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk jawatan MB), saya mempertahankannya sepanjang masa," katanya.

Beliau mengulangi bahawa kekecewaannya bukan kepada calon MB yang sudah mendapat sokongan DAP dan PAS tetapi cara Dr Wan Azizah melakukan pemilihan tersebut.

"Saya turut menyokong kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui proses tersebut tidak dipatuhi, mengesahkan apa yang saya katakan pada sidang media.

"Saya berharap presiden parti akan mendengar nasihat pemimpin parti terutamanya anggota dewan undangan negeri (Adun)," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan