Singapura Ambil Tindakan Terhadap Rakyat Malaysia Adakan Demonstrasi Di Merlion Park

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sembilan rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam protes di Merlion Park, Singapura, telah diberikan amaran bersyarat kerana "mengambil bahagian dalam perhimpunan haram".

'Singapore Straits Times' melaporkan polis republik itu yang dipetik sebagai berkata pihak berkuasa sedang mengkaji pas kerja dan pas lawatan rakyat Malaysia yang terbabit.

"Majikan mereka akan dimaklumkan mengenai ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan," lapor akhbar harian itu.

Sembilan orang dipercayai telah memainkan peranan tertentu dalam menganjurkan bantahan yang menyalahi undang-undang di republik itu kerana tidak mempunyai permit polis.

Pada Rabu, kira-kira 100 orang, kebanyakannya rakyat Malaysia, telah berkumpul berhampiran mercu tanda Singapore Marina Bay pada kira-kira pukul 9.30 malam untuk membuat bantahan kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum Malaysia baru-baru ini.

Orang ramai, terutamanya yang berpakaian hitam membawa sepanduk.

Polis Singapura memberi amaran bahawa mana-mana demonstrasi luar sama ada 'flash mob' atau protes di republik itu bagi sebarang tujuan memerlukan permit polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata rakan dari Singapura akan mengendalikan siasatan terhadap perhimpunan haram.

"Kita tidak akan campur tangan kerana rakyat Malaysia telah didakwa melanggar undang-undang Singapura di Singapura. Kita mesti menghormati pihak berkuasa Singapura," katanya.

Sementara itu, AFP melaporkan polis Singapura sebagai berkata bahawa 21 rakyat Malaysia ditahan di Singapura pada Sabtu kerana mengadakan bantahan haram terhadap pilihan raya umum Malaysia.

Rakyat Malaysia ditahan di Merlion Park kerana mengadakan protes "walaupun telah dinasihati polis berulang kali" berhubung perhimpunan itu, polis bandar raya berkata dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan