Senarai Barisan Exco Negeri Perak Di Peringkat Akhir - Zambry

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Senarai pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri yang akan membarisi Exco kerajaan negeri Perak kini berada di peringkat akhir, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata barisan exco negeri bakal menyaksikan pertambahan jumlah Exco berbanding sebelum ini.

"Kita juga akan pertimbangkan pelantikan khas sebab keadaan seperti yang kita tahu bahawa tidak ada wakil daripada masyarakat India. Kita nak bentuk kerajaan yang dapat mewakili semua (kaum)," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Keputeraan Sultan Azlan Shah, Ahad.

Mengenai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau melantik enam penasihat khas, Zambry berkata: "Depa cakap dan dengar macam-macam, sebelum menang dah kata menang, sekarang dah menang pun, dia tak puas hati lagi".

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pakatan rakyat memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandingi manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu DUN Chenderiang. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan