Pertelingkahan Azmin-Syed Ali Di Twitter Timbulkan Pelbagai Reaksi

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertelingkahan dalam talian yang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin terdahulu, Dr Syed Husin Ali telah mewujudkan reaksi segera daripada penyokong-penyokong parti yang merayu agar mereka menghentikannya.

Syed Husin menghantar 'tweet' kepada Azmin berikutan kenyataan pada sidang akhbar mengenai urusan parti dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Syed Husin mempersoalkan mengapa Azmin menggunakan media dan berkata, ini hanya akan menyebabkan Umno akan "menari-nari gembira".

Beliau berkata Azmin mungkin telah membuat kesalahan, sambil menambah tindakan dan kenyataan beliau boleh menjejaskan kredibiliti parti.

Azmin membalas dengan dua 'tweet', memberitahu Syed Husin untuk menghentikan kepura-puraan dan mendakwa persoalan kredibiliti hanya timbul jika ia menjejaskan orang lain tetapi tidak dirinya (Syed Husin).

Dalam 'tweet' kedua, Azmin memberitahu Syed Husin bahawa beliau juga tahu apa yang telah berlaku dan mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR itu juga telah menghantar 'tweet' "menyerang" pemimpin parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memilih saudaranya.

Dalam perang 'kata-kata' di antara kedua-dua mereka, ia telah mendorong pelbagai reaksi daripada penyokong parti termasuk @syamrin81 yang menulis supaya kedua-dua mereka tidak bergaduh di Twitter tetapi menyelesaikannya secara tertutup.

"Jangan gunakan serangan peluru di Twitter. Tunjukkan kematangan anda. Fikirkan ia sebagai satu pergaduhan di antara suami dan isteri. YB Azmin, anda adalah seorang pemimpin yang disanjungi. "

@Hanifwahid bersetuju dengan berkata: "Tidak adakah ruang lain untuk membincangkan semua ini?"

Seorang lagi pengguna @HussainMohdAmin memberitahu kepada mereka supaya menghentikan pertelingkahan dan menasihati Syed Husin supaya berehat dan Azmin untuk bersabar.

"Penat sgt tu. Sabar la jika x dpt jd MB. Lain kali cube lg," katanya di Twitter.

@eddyquay berkata tindakan Azmin perlu dibiarkan kerana adalah hak beliau untuk membuat sebarang komen.

Seorang lagi, @PakcikJoe memberitahu Azmin dan Syed Husin supaya bertenang.

"Relax la ... rakyat br nak Bersatu yg korang Dok berebut Jawatan ni dah kenape? PTT la x Menang persekutuan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan