Palanivel Yakin Kerajaan Akan Terus Beri Lebih Banyak Bantuan Kepada Masyarakat India

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yakin kerajaan akan meneruskan program dan inisiatif untuk meningkat sosioekonomi masyarakat India.

Beliau berkata kerajaan yang memperkenalkan beberapa inisiatif bantuan pinjaman perniagaan untuk masyarakat itu telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka ke dalam pembangunan arus perdana negara.

"Kami harap PM (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan terus mengubah dan memberi peluang sama rata seperti peluang pekerjaan dan kemasukan ke universiti tempatan dan kolej latihan perguruan, bukan sahaja kepada masyarakt India tetapi untuk semua masyarakat," katanya kepada Bernama Ahad.

Palanivel berkata perlu wujud pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih untuk setiap rakyat bagi merealisasikan Malaysia komited sepenuhnya kepada pembangunan nasional.

Sejak 2009, Najib telah memperuntuk RM540 juta untuk membiayai pembangunan sekolah Tamil, RM150 juta bagi skim mikrokredit, RM50 juta untuk pinjaman Tekun dan 1,500 tempat matrikulasi bagi pelajar India lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mengenai prestasi MIC pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beliau yang menang kerusi kawasan Parlimen Cameron Highlands berkata, sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN) meningkat kepada kira-kira 70 peratus berikutan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan kepada mereka.

"Sokongan masyarakat India kepada BN lebih baik kini berbanding pilihan raya umum yang lepas. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap pengundi yang memberi kejayaan kepada BN untuk mencapai kemenangan," katanya.

Palanivel turut menekankan sangat penting semua rakyat untuk terus menyokong demokrasi di negara ini.

Pada PRU13, MIC menang empat dari sembilan kerusi Parlimen dan lima dari 18 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Selain Palanivel, tiga lagi calon MIC yang menang ialah timbalan presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat), naib presiden Datuk M.Saravanan (Tapah) dan penyelaras sayap Putera, P. Kamalanathan (Hulu Selangor).

Kerusi DUN yang dimenangi ialah tiga di Johor dan masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada pilihan raya umum 2008, MIC hanya menang tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh dari 19 kerusi DUN yang ditandinginya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan