Lelaki Berusia 56 Tahun Ditahan Berhubung Kes Bunuh Timbalan KP Kastam

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki pada Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata suspek berusia 56 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor kira-kira 8.30 pagi.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan Ahad.

Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira 8.15 pagi.

Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia lingkungan 35 dan 40 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras, 26 April lepas.

"Suspek direman sehingga Rabu ini," katanya.

Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ditembak setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki menaiki sebuah motosikal di hadapan lampu isyarat di bulatan Taman Billion, Cheras.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, ibunya yang berusia 60 tahun turut cedera di lengan kanan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan