DAP Sertai BN Adalah Sesuatu Yang Mustahil - Karpal

Diterbitkan: Ahad, 12 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti itu sekiranya ingin menyertai Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Karpal berkata DAP bersedia untuk bekerjasama dengan BN sekiranya kerajaan memerintah itu sanggup menerima manifesto Pilihan Raya Pakatan Rakyat.

"Menyertai BN adalah sesuatu yang mustahil. Saya akan menjadi orang pertama melangkah pergi sekiranya ia berlaku dan saya yakin 100%, ahli lain turut akan mengikut jejak langkah saya.

"Lim Kit Siang (penasihat DAP) berkata adalah lebih baik jika BN menyertai Pakatan.

"Kami boleh bekerjasama dengan BN, hanya jika mereka menerima manifesto Pakatan, selepas itu kami akan mempertimbangkan dengan serius mengenainya," katanya ketika berucap pada mesyuarat DAP yang dihadiri semua wakil rakyat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin pada Rabu menyarankan DAP harus menyertai BN untuk mewakili kaum Cina menerusi blog miliknya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu tidak akan menyertai BN kerana perbezaan prinsip.

"DAP tidak akan menyertai BN kerana kami mempunyai prinsip yang sempurna. Jika kami inginkan jawatan dan menyertai BN, kami mungkin telah lama menjadi menteri suatu ketika dulu daripada meringkuk di dalam penjara," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan