Umno Sambut Ulang Tahun Ke-67 Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) menyambut ulang tahun penubuhannya ke-67 pada Sabtu dengan parti itu kekal menjadi teras kepada pemerintahan negara sejak merdeka.

Acara sambutan akan dimulakan dengan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Sabtu.

Selepas solat Isyak, upacara menaikkan bendera Umno akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, diiringi nyanyian lagu Umno 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijadual menyampaikan amanat pada majlis itu.

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) akan turut menghadiri majlis sambutan itu.

Umno kekal tonggak BN apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Umno menyumbang 88 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. Umno bertanding 120 kerusi pada pilihan raya umum ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan bagi Umno berbanding PRU12 apabila parti tersebut memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 yang ditandingi.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Umno berjaya menguasai 242 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertandingkan berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Umno diasaskan Datuk Onn Jaafar yang juga Presiden Umno pertama dan ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bertujuan membantah penubuhan Malayan Union oleh kerajaan British pada ketika itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan