Tiada Caj Tukar Meter Elektrik - SESB

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada Sabtu memberi amaran kepada penggunanya agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai warga kerjanya dan meminta bayaran bagi penukaran meter elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ahmad Fuad Md Kasim berkata, SESB tidak pernah mengenakan caj untuk pemeriksaan dan penukaran meter elektrik di premis penggunanya.

"Difahamkan suspek adalah seorang lelaki dan memakai pakaian (kemeja beserta logo) juruteknik SESB sewaktu berjumpa dengan mangsa di premis mereka sebelum meminta bayaran.

"Suspek juga dikatakan turut membawa notis peringatan pembayaran tunggakan (berwarna merah jambu) yang dicetak sendiri tanpa pengetahuan dan kebenaran pihak SESB," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Fuad, kejadian terbaru dilapor berlaku di bandar Tawau Lama pada 8 Mei lepas.

Pada masa yang sama Ahmad Fuad menegaskan SESB tidak pernah melantik mana-mana pihak bagi menjalankan kerja-kerja penukaran meter elektrik kerana semua kerja terbabit dilaksana oleh tenaga kerja SESB.

Selain itu, katanya semua bayaran bil elektrik cuma boleh dibuat di kaunter perkhidmatan SESB dan agensi yang dilantik, manakala bagi pembayaran perkhidmatan lain hanya boleh dibuat di kaunter SESB.

Menurutnya, warga kerja SESB juga tidak dibenarkan sama sekali menerima sebarang bayaran bagi pihak syarikat.

Sehubungan itu beliau meminya pengguna membuat laporan polis jika mereka didatangi individu mencurigakan dan meminta bayaran bagi sebarang perkhidmatan SESB termasuk menukar dan memeriksa meter elektrik. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan