Terengganu Tidak Cadang Teruskan Khidmat Pegawai Pembangunan Di Kawasan BN Kalah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.

"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini Sabtu.

Ahmad bagaimanapun berkata, BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.

"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya.

Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu pada pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.

Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).

Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan