Polis Tidak Lulus Perhimpunan Bantah 505 Di Perak Esok

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis tidak meluluskan permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 peringkat negeri Perak kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam.

Beliau berkata penganjur perhimpunan itu sepatutnya membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

"Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Shukri menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Medan Istana di sini.

Beliau berkata sehingga petang ini polis menerima 65 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah penganjuran perhimpunan itu.

Ini termasuk 12 Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) serta parti politik termasuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dan Ipoh Timur, Prowaris, Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM), Perak Peace, Kesatuan Anak Muda Islam (KAMI), Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan Belia 4B. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan