Keputusan PRU-13 Dijangka Diwarta Bulan Ini - SPR

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.

"Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan perjalanan pilihan raya.

SPR katanya akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR.

"Apabila waktu untuk memfailkan petisyen pilihan raya, kumpulkan semua bukti, bariskan segala peguam terbaik, berhujahlah di mahkamah untuk membantah atau mempertikai keputusan pilihan raya, bukannya menghasut rakyat terutama generasi muda ke jalan raya dengan menceritakan pelbagai perkara yang tak betul dan memfitnah badan yang mengurus pilihan raya.

"Betapa tidak bertanggungjawabnya mereka, apa akan jadi pada proses demokrasi di negara kita kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar rakyat yang perlu dibimbing supaya mematuhi undang-undang, supaya tidak menerima keputusan pilihan raya, keputusan yang dibuat oleh lebih 85 peratus rakyat yang keluar mengundi," katanya.

Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya yang juga Pengerusi Bersih S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan yang menyalahi undang-undang itu.

Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan usaha terhadap perpaduan kaum.

"Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak muda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan