Calon MB Selangor Patut Diputus Oleh Pakatan Rakyat, Bukan Hanya PKR – Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor adalah satu perkara untuk diputuskan oleh Pakatan Rakyat dan bukan hanya satu pihak, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sebagaimana rakyat mengundi untuk pakatan itu dan bukan hanya PAS, PKR atau DAP, ia adalah penting untuk ketiga-tiga pihak untuk terlibat dalam proses berkenaan.

"Ia adalah satu perkara untuk Pakatan Rakyat," katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang meminta supaya DAP dan PAS tidak campur tangan dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Zuraida berkata, jawatan itu adalah milik PKR dan parti itu perlu diberi ruang untuk menentukan individu yang terbaik untuk berkhidmat tanpa gangguan daripada pihak ketiga.

Lim berkata, Zuraida telah memperlihatkan politik yang berpuak-puak.

"Kita melihat dari kedudukan Pakatan, bukan sebagai Pasukan A atau Pasukan B. Kita menyertai pilihan raya sebagai Pakatan PKR, PAS dan DAP tidak seperti PKR Pasukan A atau Pasukan B, dan rakyat mengundi Pakatan, bukan untuk PKR Pasukan A atau Pasukan B.

"Biar rakyat membuat keputusan sama ada mereka lebih suka politik berpuak-puak atau DAP dan PAS yang melihatnya sebagai berasingan daripada kedudukan Pakatan," katanya pada sidang media pada Jumaat.

Lim mengulangi sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar, dengan berkata bahawa Khalid mengetuai pasukan Selangor dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Beliau perlu diberi satu lagi peluang untuk berkhidmat," kata beliau.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, parti itu mengekalkan pendiriannya bahawa Khalid harus berkhidmat penggal kedua sebagai Menteri Besar, mengulangi kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang dibuat awal minggu ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan