Badan Perhubungan Umno WP Buat Laporan Polis Terhadap Tiga Pemimpin Pembangkang

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan pada Sabtu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kamarudin Hassan berkata laporan polis juga dibuat mengenai perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya pada 7 Mei lepas dan fitnah kononnya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipaksa meletakkan jawatan.

Ketiga-tiga laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada 3 petang, katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Khyril Anuar Abd Rahim dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju Azha Mustapha.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan