Tiada Kenaikan Harga Barangan Kawalan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan.

"Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas pilihan raya umum ke-13, beliau berkata pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan.

Saripuddin berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.

"Pegawai-pegawai penguatkuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya.

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan