'Saya Tewas Kerana Pencemaran Nama Baik Bukan Tsunami Cina' - Raja Nong Chik

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ia bukan 'tsunami Cina' tetapi pencemaran nama baik dalam media sosial yang menyebabkan kekalahan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akui bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

"Orang ramai sentiasa bercakap mengenai tsunami Cina tetapi saya mengatakan pencemaran nama baik yang menyebabkan kekalahan saya," kata Raja Nong Chik.

Beliau juga berkata tidak pernah menyalahkan pengundi Cina walaupun tewas di kawasan majoriti kaum tersebut.

"Ia adalah kemuncak penyebaran artikel di Internet mencaci saya dan keluarga sehingga menjadi punca kepada kekalahan saya," tambahnya.

"Mereka mendakwa arwah bapa, anak perempuan saya malah saya sendiri membawa masuk pengundi hantu ke Lembah Pantai, apabila semua yang saya lakukan adalah memberi khidmat kepada masyarakat dan mengadakan kempen secara bersih," katanya pada sidang media pertamanya selepas tewas pada PRU-13, Ahad lalu.

Raja Nong Chik turut mengucapkan terima kasih kepada 29,000 pengundi yang mengundinya.

"Saya akan meneruskan khidmat atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai sama seperti yang dilakukan sebelum saya menjadi menteri," katanya.

Beliau berkata, khabar angin mengenai berlaku insiden pergaduhan di pusat pengiraan undi di Lembah Pantai adalah tidak benar.

Raja Nong Chik turut menafikan terdapat cubaan untuk menyeludup masuk kotak undi ke pusat pengiraan undi.

"Saya sudah tahu saya akan tewas, jadi tiada sebarang cubaan untuk membawa masuk kotak undi apabila proses pengiraan sudah tamat.

"Akhirnya, kesemua serangan peribadi mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar untuk tidak mengundi saya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan