Polis Panggil Penganjur Perhimpunan Di Stadium Kelana Jaya

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat memanggil penganjur perhimpunan ditunjangi pembangkang di Stadium Kelana Jaya malam Rabu lepas bagi diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata penganjur berkenaan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira 3 petang bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan yang diadakan itu.

"Kita memanggil beliau untuk membantu siasatan pihak polis berhubung perhimpunan yang dianjurkan itu. Kes ini disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Khamis Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjurannya 10 hari sebelum ia diadakan.

Beliau berkata pihak polis menerima notis perhimpunan pada 12.20 tengah hari pada Rabu sebelum mengarahkan penganjur agar menunda tarikh perhimpunan bagi berlaku adil kepada penduduk sekitar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan