Perhimpunan: Polis Akan Panggil Semua Yang Berkenaan - KPN - Berita Semasa | mStar

Perhimpunan: Polis Akan Panggil Semua Yang Berkenaan - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis akan memanggil semua yang berkenaan termasuk pemimpin parti politik bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang.

"Siasatan sedang dijalankan dan tunggulah, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau sebelum itu menziarahi pegawai polis, Supt Ghazali Daud yang terbabit kemalangan pada 30 April lepas ketika dalam perjalanan pulang untuk mengundi awal di sini.

Kemalangan awal pagi itu turut meragut nyawa isteri Ghazali dan dua daripada tujuh anak mereka. Lima lagi anak mereka cedera termasuk dua parah.

Perhimpunan haram yang disertai pemimpin parti pembangkang itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana diadakan tanpa permit.

Perhimpunan itu bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang didakwa parti pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata proses pilihan raya umum itu berjalan mengikut amalan demokrasi.

"Rakyat telah membuat keputusan jadi janganlah mana-mana pihak nak ambil kesempatan ini untuk lakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya.

Ismail turut meminta semua lapisan masyarakat agar tidak bercakap, menulis atau mengeluarkan pandangan yang berbentuk negatif yang boleh merosakkan perpaduan.

"Janganlah cetuskan provokasi yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan menakutkan orang ramai," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan