MB Selangor Baru Tidak Perlu Jadi 'Pak Turut' - Azmin

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Azmin Ali bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PKR Selangor di  ibu pejabat PKR
Azmin Ali bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PKR Selangor di ibu pejabat PKR

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan kecewa selepas dipinggirkan daripada jawatan Menteri Besar.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR selepas mesyuarat bersama pimpinan PKR Selangor Azmin berkata Selangor perlu diketuai oleh seorang yang berfikiran tegas dan mempunyai visi yang jelas.

Beliau berkata cirri tersebut perlu ada selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum dengan majority yang lebih besar daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Barisan Nasional yang mendapat 12 kerusi sahaja.

Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.

Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan