Lima Muka Baru Dilantik Anggota Jemaah Menteri Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini Jumaat.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baru dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan B Nmengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan NorlidahRMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan