Jais Siasat 14 Lagi Bekas Pengikut Arqam

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seramai 14 individu termasuk seorang bayi perempuan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Jumaat, untuk disiasat berhubung ajaran Al-Arqam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin berkata individu terbabit yang merupakan antara 35 rakyat Malaysia yang diusir kerajaan Arab Saudi, tiba pada tengah hari Jumaat dari Jeddah.

"Mereka ditahan untuk siasatan dan selepas disiasat mereka akan dilepaskan dengan bon jaminan Jais," katanya.

Jais sebelum ini menahan 13 individu dari kumpulan sama yang bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah turut ditemui pada mereka.

Mereka ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan