Daftar Pemilih PRU-13 Terbersih Pernah Disediakan SPR

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai satu pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih terbersih yang pernah disediakan SPR.

Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU-13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya.

"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

Beliau menjelaskan melalui sistem pendaftaran itu, tiada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India yang dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

Selain itu, Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 ialah sah, telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.

"Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU-13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad," tegas Abdul Aziz.

Katanya SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.

"Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak," katanya.

Abdul Aziz berkata asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak mengundi lebih daripada sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap saluran/tempat mengundi pada hari pengundian.

"Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam daftar pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini," katanya.

Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntuk tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU 2008, katanya.

Abdul Aziz turut menjelaskan bahawa sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan.

Beliau berkata berasaskan sistem itu, yang diguna pakai di Malaysia sejak PRU pertama pada 1959, menetapkan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasaskan jumlah undi popular yang diperoleh, sebaliknya jumlah kerusi parlimen yang dimenangi.

"Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya.

"Sebaliknya, Barisan Nasional (BN) memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat," katanya.

"Sistem ini juga digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat atau pun negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) terbanyak walaupun memperoleh majoriti satu kerusi berhak membentuk kerajaan," katanya sambil menambah sistem itu dikenali sebagai 'First Past The Post'. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan