Azmin Jawab Mengenai 'Tweet' Didakwa Bidas Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azmin ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR, Jumaat.
Azmin ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR, Jumaat.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata 'tweet' yang dibuatnya sebelum ini bukan bermaksud untuk menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin parti.

Sebaliknya beliau menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk menyatakan pandangan dan kritikan bernas demi kepentingan parti.

"Dalam Keadilan kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan bernas.

"Saya bukan menyerang Ketua Umum atau mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat...tidak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, Jumaat.

Menurut Azmin, sebagai timbalan presiden beliau membuat satu kritikan yang jelas dan berasas untuk dirinya sendiri dan pimpinan lain.

Beliau berkata, ia merupakan satu teguran yang didakwa tidak berlaku dalam Umno yang mana pemimpin tidak boleh dikritik.

"Saya tak kritik tanpa asas. Saya kata 'terima keputusan rakyat, mari bermuhasabah, mari kita maju ke hadapan.

"Saya tidak anggap itu satu kesalahan. Sebagai timbalan presiden saya juga bertanggungjawab mengingatkan diri saya dan pimpinan untuk segera turun ke bawah berkerja sekarang dan jangan terlalu banyak berpolitik kerana pilihan raya jauh lagi," katanya.

Beliau mengulas mengenai 'tweet' beliau sebelum ini yang didakwa menggambarkan kekecewaan beliau terhadap Anwar dan pimpinan parti yang membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya.

Beliau telah menulis: "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Mengulas lanjut Azmin berkata apa yang penting pada masa ini ialah melihat mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Mandat telah diberikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ayuh kita laksanakan dulu mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Pada masa yang sama bantahan diteruskan. (Jika) Ada penyelewengan, sebarang bukti yang kita dapat kita kena himpunkan," katanya.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan