Anwar Semai Politik Dendam Di Kalangan Rakyat, Demi Capai Cita-Cita Jadi PM

Diterbitkan: Jumaat, 10 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JANJI DITEPATI... Dr Mohd Puad Zarkashi menunaikan janji hari ini dengan membaiki dan menurap jalan di Kampung Parit Kangkung di sini walaupun tewas sebagai calon Barisan Nasional Parlimen P150 Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
-Foto BERNAMA
JANJI DITEPATI... Dr Mohd Puad Zarkashi menunaikan janji hari ini dengan membaiki dan menurap jalan di Kampung Parit Kangkung di sini walaupun tewas sebagai calon Barisan Nasional Parlimen P150 Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. -Foto BERNAMA

BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menyemai politik kebencian di kalangan rakyat semata-mata untuk menjayakan cita-citanya menjadi perdana menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi yang melahirkan kebimbangan terhadap perkara itu berkata, ia menyebabkan rakyat terutamanya golongan muda terperangkap dalam permainan pemimpin PKR itu sehingga ramai yang menolak kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Ahad lepas.

"Saya agak bimbang dengan keadaan politik pada masa kini dengan DAP membawa politik perkauman manakala Anwar membawa politik 'pecah dan perintah' menyebabkan rakyat terperangkap dengan taktiknya. "Malah beliau juga menggunakan taktik tersebut terhadap PAS tanpa memikirkan kesan politiknya itu boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum selain umat Islam di negara ini," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek penurapan jalan sejauh 270 meter di Kampung Parit Kangkung di sini yang telah beliau janjikan kepada penduduk kampung itu sehari sebelum pilihan raya umum. Keadaan itu juga menurutnya menyebabkan rakyat tidak lagi melihat kepada pembangunan yang selama ini gigih dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN)sebaliknya lebih terpengaruh dengan sentimen perkauman yang tidak rasional yang akhirnya hanya merugikan masa depan negara.

Beliau turut menyelar Anwar yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 dengan menuduh berlaku penipuan sedangkan Pakatan Rakyat masih kekal berkuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Dia hendak buat road show seperti yang dilakukan malam tadi di (Stadium) Kelana Jaya (Selangor), kali ini dengan menggunakan slogan 'tipu'. Dah menang di negeri berkenaan masih lagi kata tipu, jadi apakah keputusan pilihan raya di Batu Pahat ini juga tipu?

"Saya sendiri boleh menerima keputusan pilihan raya kali ini (kalah di Parlimen Batu Pahat) dengan hati terbuka walaupun sedikit dukacita apabila ada pihak-pihak yang menghambur saya dengan kata-kata kesat, malah anak saya darjah empat yang bersekolah di Putrajaya juga balik mengadu apabila cikgu sekolahnya bertanya bila hendak tukar sekolah ke Batu Pahat, bapa awak sudah kalah," katanya.

Namun, menurutnya semua perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Batu Pahat sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian.

Dalam pilihan raya umum lepas, Mohd Puad yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran kalah kepada calon PKR Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan