Polis Siasat Pemimpin Politik Bangkit isu Perkauman Semasa PRU-13 - Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis kini menyiasat beberapa laporan terhadap pemimpin politik yang didakwa membangkitkan isu perkauman semasa berceramah pada kempen pilihan raya umum ke-13.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Abdul Wahab Mohamed berkata bagaimanapun pihaknya tidak boleh memberi butiran pemimpin terbabit kerana masih dalam siasatan.

"Sehubungan itu, adalah tidak wajar Jabatan Peguam Negara menguar-uarkan nama ahli politik. Kita tak pernah menyiarkan nama ahli politik atau pemimpin yang terlibat dalam apa-apa siasatan sehingga siasatan lengkap dan pertuduhan dibuat," katanya pada sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara pad Khamis.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara juga menerima 327 laporan polis berhubung aduan bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas pada hari mengundi Ahad lepas melakukan kesalahan.

Antara aduan yang diterima adalah petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasuk ke dalam peti undi, katanya.

Abdul Wahab juga berkata empat individu akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting dan Klang esok berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya seperti sengaja menghalang pegawai polis menjalankan tugas rasminya dan mengambil bahagian dalam rusuhan.

Selain itu, beliau berkata sejak 2 petang semalam sehingga 2 petang ini, sebanyak 75 kes diarahkan untuk siasatan lanjut sementara 11 kes tiada tindakan lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan