Naib Presiden MCA Desak Pemilihan Parti Diadakan Segera - Berita Semasa | mStar

Naib Presiden MCA Desak Pemilihan Parti Diadakan Segera

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gan Ping Sieu
Gan Ping Sieu

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu mahu kepimpinan parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Ahad lepas.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pemilihan parti yang segera boleh membendung pertikaian dalaman dan perpecahan dalam kalangan anggota parti.

"Biar ahli memilih kepimpinan baharu supaya mereka yang terpilih nanti boleh merangka hala tuju parti," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Pada PRU-13, MCA, yang ditubuhkan pada 1949, mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah parti itu apabila hanya mampu memperoleh tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada jumlah 127 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU 2008, parti itu memperoleh 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan