Kesihatan Azizan Beransur Pulih

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak beransur pulih tetapi masih dibawah pemerhatian rapi doktor di Hospital Pulau Pinang.

Setiausaha politik beliau, Mohd Helmi Khalid berkata pada Khamis, Azizan sudah boleh bercakap dan menerima makanan lembut.

"Dia masih lemah tetapi boleh bercakap dan mengenali mereka yang melawat beliau," katanya ketika dihubungi.

Azizan, 69, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di kakinya.

Beliau dalam keadaan koma pada pukul 5.30 petang Rabu selepas alah kepada antibiotik untuk jangkitan kuman itu.

Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.

Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan