Jawatankuasa Khas Perkukuh Perpaduan Bakal Ditubuh - MB Pahang

Diterbitkan: Khamis, 9 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Adnan Yaakob yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang akan memfokus kepada aspek penyatuan kaum di negeri ini berikutan trend pengundi Cina yang memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lepas.

Beliau berkata bagi merealisasi hasrat itu, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuh bagi memperkukuh perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

"Kita memandang ke hadapan, melipat buku, biarkan dalam lipatan sejarah apa yang telah berlaku, dan terus memandang ke hadapan untuk mewujud perpaduan kaum. "Sekarang ini, kita harus cari jalan bagaimana meningkatkan persefahaman di kalangan masyarakat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar pada Khamis.

Mengulas lanjut, Adnan berkata jawatankuasa itu akan dibarisi beberapa pegawai kerajaan bagi memastikan integrasi kaum berterusan di kalangan masyarakat. Menyentuh kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN) pada PRU13, beliau berkata parti gabungan itu akan membuat bedah siasat berhubung kekalahan berkenaan.

Beliau juga akan mencari satu mekanisme bagi memastikan kaum Cina di Pahang mempunyai perwakilan jika MCA menolak untuk memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Adnan berkata barisan exco negeri akan dilantik Khamis depan(16 Mei).

Terdahulu, majlis mengangkat sumpah turut dihadiri kerabat Diraja Pahang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Saffian Ismail dan Anggota DUN Inderapura Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Bagaimanapun, tiada seorangpun wakil pembangkang hadir pada majlis itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan