Tempoh 14 Hari Untuk Bersihkan Bahan Kempen PRU

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudahpun berakhir kini tibalah masanya untuk parti politik mengambil masa mereka untuk menurunkan bendera, sepanduk, papan tanda serta poster parti masing-masing.

Calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi tempoh selama 14 hari selepas hari pengundian untuk membersihkan semua kelengkapan yang berkaitan dengan pilihan raya.

Mereka juga perlu membayar deposit sebanyak RM5,000 bagi kerusi Parlimen dan RM3,000 bagi kerusi DUN untuk bahan kempen serta kerja-kerja pembersihan.

Wang berkenaan telah dibayar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing.

PRU-13, yang dikatakan sebagai ibu pilihan raya, menunjukkan semua calon daripada parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional, Pakatan Rakyat serta calon Bebas berusaha dengan sebaik mungkin untuk meraih undi.

Bendera, poster, sepanduk, kain rentang serta risalah diedarkan di seluruh negara dengan ada beberapa tempat yang bertukar wajah apabila seolah-olah menjadi 'lautan biru', hijau mahupun merah untuk menggambarkan warna parti berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, mana-mana pihak yang tidak membayar deposit tersebut boleh dipenjarakan tidak lebih daripada setahun, atau dendan maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

"Deposit tersebut akan dipulangkan sebaik sahaja semua bahan kempen dibersihkan dalam tempoh 14 hari selepas hari pengundian."

Calon dan parti yang bertanding perlu membersihkan kawasan kempen mereka bagi memastikan tiada bahan kempen dijumpai.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan