Rakyat Malaysia Kongsi Pandangan Pemimpin Kabinet Yang Mereka Mahukan

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebaik berakhirnya pilihan raya umum, rakyat Malaysia terus melihat ke hadapan dengan meletakkan aspirasi mereka terhadap individu yang akan dipilih untuk menerajui negara.

The Star Online turut mengadakan tinjauan terhadap pengikut di Twitter yang mahu menamakan barisan kepimpinan baru Kabinet pilihan mereka serta kualiti yang perlu ada pada individu yang akan diangkat sebagai menteri. Keputusan pemilihan tersebut dipaparkan di #dreamkabinet Twitter pada Selasa.

Pelajar jurusan ekonomi Arinah Najwa, 22, berkata dia mahu 'ahli politik' mengutamakan rakyat berbanding meletakkan kepentingan parti dihadapan.

"Pada ketika ini, pemimpin yang dipilih tidak boleh melindungi kepentingan parti sebagai alasan mengapa tidak dapat berkhidmat dengan baik. Lebih baik mereka turun diperingkat akar umbi dan menyakinkan rakyat bahawa mereka boleh berkhidmat dengan baik," katanya.

Penganalisis aktuari, Winnie Chua, 25 berharap bukan ahli politik akan dipilih sebagai Menteri Pelajaran bagi membolehkan penyusunan sukatan pelajaran yang lebih teratur.

Ahli politik yang menentang rasuah perlu dipilih untuk memegang jawatan utama dalam Kabinet, menurut M. Vela, 69, seorang pesara.

“Masalah tersebut menyebabkan Malaysia tidak dapat berkembang maju ke hadapan,” katanya.

Peguam dalam latihan, Rafiq Nadzarin,24, berkata dia mahu ahli politik lebih berani bersuara dan berani menghadapi cabaran sekiranya dia merasakan ada kegagalan dalam system politik.

“Ada undang-undang yang menindas orang awam perlu dimansuhkan atau dipinda sekurang-kurangnya supaya ia selari dengan Perlembagaan dan norma serta hak asasi manusia.

“Ada keperluan untuk ahli politik memperjuangkan perkara tersebut,” katanya sambil menambah pemimpin yang bongkak perlu ditolak.

Seorang bekas tentera dan pemandu, Awie Noor, 55, berharap untuk melihat kesinambungan pemimpin lama dalam Kabient kerana mereka mempunyai lebih banyak berpengalaman

"Pemimpin muda boleh memberikan idea baru namun Kerajaan Pusat perlukan kestabilan. Pemimpin lama mempunyai pengalaman dalam mentadbir," kata Awie.

@Apkhaw menyokong tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan insiatif penyatuan nasional dengan berkata impian saya adalah mahu Kabinet baru nanti terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum bagi memberi keseimbangan ke arah penyatuan nasional.

Dalam tweetnya, @fairuzrahman menyokong pelantikan semuala pemimpin yang mempunyai pengalaman dalam portfolio mereka: #dreamcabinet kita perlu ada bekas guru untuk jawatan Menteri Pelajaran, bekas atlet wakil belia, aktivis wanita bagi memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, bekas tentera menerajui Kementerian Pertahanan. Kita perlu mereka yang mahir dalam bidang masing-masing.

Bagaimanapun sentimen pemikiran sedemikian ditolak oleh K. Jeya Kumar yang mahu pemimpin muda diberikan peluang untuk menerajui kepimpinan negara.

"Pemimpin muda dapat menyumbangkan idea baru, namun mereka yang berpengalaman dapat menjamin kestabilan Kabinet," kata Jeya Kumar,37, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan.

Ada juga yang mahukan menteri dikalangan mereka yang bekerusi roda atau orang kurang upaya seperti yang ditweet oleh @Hiphog. Menurutnya, pemilihan pemipin seperti itu dapat meningkatkan kesedaran terhadap golongan berkenaan.

Dalam tweetnya, dia berkata menteri dikalangan orang kurang upaya akan bertanggungjawab menjaga hal ehwal OKU.

Satu lagi portfolio yang beliau cadangkan ialah Hal Ehwal Masyarakat Sabah dan Sarawak.

"Memandangkan mereka telah menyumbang banyak kerusi dan sumber hasil bumi kepada negeri, wakil daripada dua negeri itu perlu diberi peruntukan tambahan," tweet @SierraOne Three.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan