Polis Rekod Keterangan Dua Individu Berhubung Laporan Utusan Malaysia - Berita Semasa | mStar

Polis Rekod Keterangan Dua Individu Berhubung Laporan Utusan Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah merekodkan keterangan dua individu berhubung laporan akbar Utusan Malaysia pada Selasa yang didakwa mengeluarkan artikel perkauman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata ia berikutan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers pada Selasa oleh beberapa individu.

"Kami sedang kendalikan kes ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Setakat ini proses siasatan sedang berjalan dan kami akan berusaha menyiapkan kertas siasatan berkenaan dalam tempoh seminggu.

"Kemudian kami rujuk kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Khairi berkata polis juga akan merekodkan keterangan pihak Utusan Malaysia bagi membantu siasatan kes itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?".

Sementara itu Polis Kuala Lumpur menerima 476 laporan polis sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan laporan polis mengenai dakwat kekal mencatat jumlah paling tinggi iaitu 121.

Khairi berkata 22 laporan pula dibuat berhubung kad pengenalan yang diguna oleh orang lain pada hari mengundi, yang akan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Empat lagi aduan berkaitan nama pengundi tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Ini kita rujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Sebanyak 12 lagi libatkan bencana terhadap poster dan bendera sepanjang proses berkempen," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan