Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Sertai Perhimpunan Di Stadium Kelana Jaya

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijadual diadakan di Stadium Kelana Jaya dekat sini pada Rabu malam.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK)SAC Hasanuddin Hassan berkata, perhimpunan itu menyalahi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana sehingga ini polis tidak menerima sebarang notis mengenai penganjuran acara itu dari pihak penganjur.

Pihak penganjur harus bertanggungjawab dan menghormati undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin selain memastikan keadaan trafik tidak terganggu di kawasan berkenaan, katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

"Saya percaya mereka (penganjur) tahu dan maklum dengan peraturan yang telah ditetapkan, dan mereka mempunyai peguam untuk dirujuk," katanya.

Hasanuddin berkata pihaknya dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit telah dimaklumkan mengenai pengajuran perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, polis akan memantau keadaan perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Hasanuddin berkata polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap tujuh lelaki warganegara asing yang dikatakan pengundi hantu dalam kejadian di Pandamaran pada Ahad lepas.

Beliau berkata lelaki yang berumur antara berumur 21 dan 32 tahun itu ditahan secara berasingan pada Isnin dan Selasa lepas di sekitar Klang serta ditahan reman sehingga Khamis.

"Kesemua mereka dipercayai penyokong sebuah parti politik yang bertindak menyerang warganegara asing terbabit. Siasatan mendapati warganegara asing terbabit baru pulang membeli-belah dengan kenderaan yang disewa oleh majikan mereka," katanya.

Hasanuddin berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan