Kesesakan Teruk di Ibu Negara Berikutan Tanah Runtuh

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUTUP... Pihak Polis menutup laluan Lebuhraya Mahameru arah Jalan Tun Razak akibat tanah runtuh yang berlaku setelah hujan lebat malam tadi mengakibatkan berlaku kesesakan teruk akibat penutupan laluan yang dilencongkan ke Jalan Parlimen.
-Foto BERNAMA
TUTUP... Pihak Polis menutup laluan Lebuhraya Mahameru arah Jalan Tun Razak akibat tanah runtuh yang berlaku setelah hujan lebat malam tadi mengakibatkan berlaku kesesakan teruk akibat penutupan laluan yang dilencongkan ke Jalan Parlimen. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lalu lintas di sebahagian ibu negara sesak teruk pada Rabu berikutan penutupan jalan untuk membersihkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di bandar raya ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Polis Trafik Kuala Lumpur berkata antara jalan yang ditutup ialah dari Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Salehuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas.

Kesemua laluan itu ditutup berikutan berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mahameru dan berhampiran stesen LRT Dang Wangi akibat hujan lebat malam Selasa.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan melebihi 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi, kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Beliau berkata beberapa anggota polis trafik ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal lalu lintas.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan terlibat termasuk di kawasan yang berlaku kejadian tanah runtuh kecil tetapi laluan tidak ditutup untuk kenderaan iaitu di Jalan Kasah di Bukit Damansara dan Jalan Klang Lama di Taman Shanghai," katanya.

Pada 7 malam tadi, sembilan kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan