Kerajaan BN Tidak Tumbang Walaupun Sebahagian Kaum Cina Pilih Pembangkang - PM

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata realitinya ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh dalam PRU-13, Ahad lepas.

"Kita harus sedar bahawa parti pembangkang khususnya DAP telah menggambarkan kepada masyarakat Cina (kononnya) mereka boleh mengubah kerajaan...malah slogan yang digunakan seolah-olah (kalau) orang Cina sokong pembangkang, mereka boleh ubah kerajaan.

"Hakikat dan realitinya walaupun sebahagian besar (masyarakat Cina) sokong pembangkang, tetapi kerajaan tidak tumbang, kerajaan BN masih kekal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota parlimen baharu BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Perjumpaan tertutup selama hampir dua jam itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib menarik perhatian walaupun sokongan kaum Cina terhadap DAP di sesetengah kawasan dilihat mencecah antara 85 dan 95 peratus, namun kerajaan B Nmasih kekal kerana kaum Bumiputera dan India di banyak kawasan lain masih percaya kepada gabungan itu.

Menurutnya, apa yang digambarkan pembangkang terutama DAP merupakan satu penipuan besar terhadap kaum Cina sehingga masyarakat itu yakin undi mereka dapat mengubah kerajaan sedia ada. "(Ini) seperti janji pada 16 September (2008 untuk menawan Putrajaya). Storyline (jalan cerita) ini (untuk tukar kerajaan) tidak betul dan banyak ditokok tambah, direka cerita," katanya.

Najib berkata satu lagi penipuan yang dilakukan pembangkang pada PRU13 ialah dakwaan tidak logik BN membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangannya.

"Kalau ikut logik, nak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang...bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas," tegasnya.

"Ini satu penipuan besar sehingga orang yang mengundi pada hari berkenaan percaya dan yakin (kononnya) kami mengundi nak selamat Malaysia daripada dikuasai oleh (warga) Bangladesh. Sampai ke peringkat ini penipuan semata-mata nak jadikan orang marah kepada kerajaan dan nak rebut kuasa," kata Najib.

Najib, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri semalam, percaya jika kaum Cina memberi sokongan kepada BN seperti yang dilihat pada 2008, tidak mustahil gabungan itu memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13 Ahad lepas.

Sambil menegaskan masyarakat Cina sebenarnya telah dipermainkan pembangkang, beliau berkata penjelasan segera perlu diberi untuk menyedarkan mereka mengenai realiti sebenar.

Beliau turut menolak tanggapan peralihan besar sentimen pengundi Melayu di bandar menyumbang kepada kemerosotan sokongan kepada BN kerana berdasarkan fakta, undi Melayu di kawasan bandar meningkat berbanding 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan