BN Jangan Kecewa Keputusan PRU-13 - Rais

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU-13.

Beliau berkata apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam Selasa.

Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum parlimen dibubar, berkata rakyat akan nampak kejujuran kerajaan BN selepas ini dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan.

Beliau juga berkata BN tidak sekali-kali tunduk pada usaha pembangkang yang sentiasa cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan