Azizan Bekas MB Kedah Kembali Stabil - Berita Semasa | mStar

Azizan Bekas MB Kedah Kembali Stabil

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam keadan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang
Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam keadan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini dilaporkan tenat kini kembali stabil.

Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan tekanan darah Azizan kembali normal dan beliau sudah boleh menggerakkan anggota badannya.

Terdahulu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan Azizan telah jatuh koma dan sedang dirawat di CCU.

Difahamkan Azizan, 70, dimasukkan ke hospital selepas mendapat jangkitan kuman di kaki.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Helmi turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan