Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Azizan Di HPP

Diterbitkan: Rabu, 8 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.

Seri Paduka berdua tiba di HPP pada kira-kira 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad CCU itu. Azizan, 73, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui pemberita berkata, keadaan Azizan setakat ini dilaporkan stabil dan sentiasa dipantau pihak hospital.

Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan