Sembilan Kereta Tertimbus Akibat Tanah Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan beberapa kereta yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di ibu negara.
Kelihatan beberapa kereta yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di ibu negara.

KUALA LUMPUR: Kira-kira sembilan kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh dekat persimpangan Jalan Dang Wangi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Laporan menunjukkan kawasan tersebut masih tidak stabil kerana pergerakan tanah masih boleh dilihat.

Beberapa laluan ke Jalan Ampang dekat insiden tanah runtuh itu ditutup untuk lalu lintas.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter melaporkan tanah runtuh berlaku di hadapan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Beberapa pengguna jalan raya turut menghantar tweet beberapa buah kereta tertimbus dalam insiden tanah runtuh itu.

Seorang pengguna Twitter ‏@Preez_bridabel menghantar tweet "Tanah runtuh di bukit nenas berpunca daripada hujan lebat, saya dalam perjalan ke stesen LRT Dang Wangi...sila pandu dengan selamat".

Seorang lagi pengguna Twitter ‏@Pijoel94 menghantar tweet, "Tanah Runtuh di Hadapan Stesen LRT Dang Wangi. Banyak kereta tertimbus".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan