Pemilik Blog, Papa Gomo & King Jason Ditahan Polis - Berita Semasa | mStar

Pemilik Blog, Papa Gomo & King Jason Ditahan Polis

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jason ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Selasa.

"Kami tidak akan berehat sehingga mereka yang menyebarkan penipuan dan menyiarkan mesej berbaur perkauman ditahan...kami percaya lebih ramai akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Perdana.

Menurut Syed Ismail, kedua-dua suspek akan direman pada Rabu.

Beliau berkata, Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.

Sementara itu, polis turut menyiarkan tweet bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi elemen hasutan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan