Najib Mahu Sokongan Rakyat Terus Majukan Negara

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kerajaan yang baru dipilih untuk membolehkannya terus memajukan negara. "Dengan penuh rendah hati, saya memohon sokongan anda untuk membolehkan kami membina sebuah negara yang lebih sejahtera.

"Saya amat berbesar hati kerana berpeluang berkhidmat kepada anda semua sekali lagi," kata Najib dalam mesej melalui laman Twitternya.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Pada Isnin, Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini.

Beliau juga terus menerima ucapan tahniah melalui Twitter daripada pelbagai pihak, termasuk daripada Duta Besar Amerika ke Malaysia Datuk Paul W.Jones.

"Tahniah @NajibRazak kerana mengangkat sumpah sebagai PM. Kami harap hubungan AS-MY akan bertambah erat," kata Jones. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan