Md Isa Enggan Umum Menteri Besar Perlis Yang Baru

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis akan mendapat menteri besar baru sebelum sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis pada 17 Mei ini namun identiti individu berkenaan masih belum diketahui.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu yang tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini bagaimanapun masih merahsiakan siapa calon penggantinya ketika ditanya oleh pemberita.

"Kita akan mendapat menteri besar baru dan barisan exco kerajaan negeri yang baru sebelum sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis," katanya pada satu sidang media pada Isnin.

Sebelum ini dilaporkan, beberapa nama menjadi sebutan untuk menggantikan Md Isa antaranya ialah Datuk Mat Rawi Kassim, Datuk Ismail Kassim dan Azlan Man yang mana kesemuanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri yang mereka tandingi.

Mat Rawi, 56, berjaya mempertahankan kerusi DUN Berseri sementara Ismail yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Arau menang di Tambun Tulang. Azlan 55, calon muka baru pula menang di Pauh.

Ismail, 54, merupakan adik bongsu kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim yang menang di kerusi Parlimen Arau pada Ahad.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan