Jangan Sertai Perhimpunan Haram Esok - Polis Pahang

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis Pahang memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dikatakan akan berlangsung di negeri itu pada Rabu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang penyokong kumpulan anti-Lynas.

"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit bagi perhimpunan tersebut.

"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Anuar juga memberi amaran kepada yang berkenaan, terutama pengamal media sosial agar tidak mengulang siar dakwaan kononnya berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Bentong, Ahad lalu.

"Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap blogger yang terlibat dan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Malaysia) bagi mengesan blogger atau individu yang terlibat jika kenyataan tersebut diulang siar," katanya.

Semalam, Tenaga Nasional Berhad menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi ketika pilihan raya umum ke-13, Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan