Jangan Salahkan Kaum Cina Tidak Undi BN - Vell Paari

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masyarakat Cina tidak patut dipersalahkan kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dan usaha perlu dilakukan untuk mencari mengapa situasi itu berlaku, kata Pengarah Strategik MIC, S. Vell Paari.

Beliau berkata, masyarakat itu didorong untuk menyokong pembangkang kerana ugutan.

"Kita harus meyakinkan kaum Cina untuk menyokong kita berdasarkan prestasi parti dan tidak menerusi ugutan atau rusuhan kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, MCA tidak harus dipersalahkan walaupun masyarakat itu mungkin merasakan parti tersebut tidak mewakili mereka dengan baik.

Vell Paari berkata komuniti itu berupaya menjana ekonomi sendiri dan tidak bergantung dengan bantuan kerajaan, oleh itu mereka tidak takut dengan ugutan.

"Saya percaya masyarakat Cina menyokong pembangkang kerana tiada tindakan di ambil terhadap Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataan beliau.

"Meletakkan anggota Perkasa sebagai calon mesra BN telah mendorong masyarakat Cina dan India untuk tidak mengundi parti itu di Selangor," katanya.

Vell Paarti berkata, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah dimenangi BN berdasarkan jenama Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendekatan secara langsung kepada pelbagai komuniti.

Katanya, MIC masih mengekalkan empat kerusi Parlimen yang dimenangi menerusi Naib Presidennya, Datuk M.Saravanan dan Koordinator Putera MIC, P. Kamalanathan dengan mencatat undi majoriti tertinggi masing-masing di Tapah dan Hulu Selangor.

Dua lagi dimenangi Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam masing-masing di kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Segamat dengan kemenangan tipis.

MIC bertanding 18 kerusi Dewan Undangan Negeri dan hanya memenangi lima, kurang dua berbanding pada pilihan raya umum 2008.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan