Dakwat Kekal Akan Digunakan Pada PRU-14

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan melakukan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Dakwat kekal akan digunakan dengan beberapa penambahbaikan terutamanya dari segi kualiti. Kami akan mengkaji bahan-bahannya dan meletakkan standard kualiti pada dakwat," katanya kepada pemberita malam Selasa.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan termaktub dalam undang-undang pilihan raya.

"Orang ramai harus faham bahawa kami menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan. Kami melantik syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU-13.

"Kira-kira 250,000 dakwat kekal ditempah dua bulan lalu sebelum PRU-13.

"Dakwat itu ditempatkan dalam lokap polis untuk tujuan keselamatan. Mungkin kerana disimpan terlalu lama, kualiti dakwat sedikit terjejas," katanya.

Wan Ahmad turut membidas mereka yang menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal itu dan memuat naik video dalam laman sosial untuk menjejaskan reputasi SPR.

Mengulas mengenai dakwaan insiden gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada kejadian seperti itu berlaku kerana beliau mengesahkan perkara itu dengan kesemua pengurus pilihan raya setiap negeri.

"Apabila saya menerima maklumat mengenai dakwaan gangguan bekalan elektrik, saya menghubungi pengurus pilihan raya di semua negeri tetapi tiada insiden seperti didakwa berlaku," katanya.

Terdahulu, Tenaga Nasional Berhad berkata tiada gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi sedang dilakukan Ahad lalu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan