AS Ucap Tahniah Kepada Najib Atas Kemenangan PRU-13

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

"Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengadakan pilihan raya yang paling kompetitif dalam sejarah negara," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika di sini, yang memetik pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell.

"Kami puas hati melihat rakyat Malaysia pelbagai peringkat terlibat dalam proses pengundian dalam jumlah yang besar dengan semangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Ventrell berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk.

PRU-13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Pada Isnin, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara.

Dalam kenyataan itu, Ventrell turut menggesa semua pihak supaya menghormati kehendak pengundi.

Menyentuh kebimbangan negara berlaku kepincangan dalam proses mengundi, beliau berkata menangani isu sedemikian adalah penting untuk menguatkan keyakinan dalam proses pengundian.

Najib yang juga pengerusi BN, turut menerima ucapan tahniah melalui telefon pada Selasa daripada rakan sejawatannya daripada New Zealand, John Key, menurut seorang pegawai perdana menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan