Adun Pakatan Rakyat Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah MB Perak

Diterbitkan: Selasa, 7 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kesemua 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat tidak hadir pada istiadat angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Selasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata mereka tidak hadir kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

"Kami tidak hadir kerana kami rasakan tiada ketelusan dan wujud kesangsian pada keputusan pilihan raya lepas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan di beberapa portal berita online yang mendakwa Pakatan Rakyat memboikot istiadat tersebut.

Sementara itu, Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat dijemput hadir ke istiadat itu.

"Bagi saya, PRU-13 sudah berakhir dan ia adalah masa untuk kita (BN)meneruskan agenda kepimpinan dan pentadbiran negeri Perak yang melibatkan semua pihak. Saya tidak mahu komen ketidakhadiran mereka di istana pada Selasa," katanya.

Pada PRU-13, Barisan Nasional (BN) Perak berjaya mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan